BANTUAN KILAT UNTUK DUA ADIK BERADIK OKU DI RUMAH MEREKA YANG SANGAT UZUR

BANTUAN KILAT UNTUK DUA ADIK BERADIK OKU DI RUMAH MEREKA YANG SANGAT UZUR

TAWAU_ 28 SEPTEMBER 2019 | Kisah abang Mohamad dan adiknya iaitu abang Hamisran ini dikongsikan oleh salah seorang followers PERKALAS@TF SABAH kepada admin page rasmi kami. Alhamdulillah tengahari tadi team sukarelawan meluangkan masa menziarahi dua beradik ini untuk melihat sendiri keadaan mereka dan berkongsi sedikit rezeki yang ada.

Setelah tiba sukarelawan melihat sendiri keadaan kediaman dua OKU ini sangat uzur. Jika ingin dibaik pulih rasanya agak sukar dan memerlukan kos yang tinggi terutama bahagiaan dapur dan bumbung yang rosak teruk serta reput. Menurut salah seorang saudara dua beradik OKU ini yang juga penghidap kanser berharap agar dibinakan rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) oleh pihak berwajib memandangkan tanah tapak rumah ini adalah tinggalan orang tua mereka.

Terima kasih kepada rakan-rakan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang telah menyalurkan bantuan RM250 kepada dua beradik OKU ini. Begitu juga kepada tenaga perawat dari jabatan kesihatan yang sering datang ke kediaman dua beradik OKU ini untuk memberikan rawatan.

Bagi kami dipihak sularelawan PERKALAS@TF SABAH besar harapan kami agar sesegera yang mungkin dua OKU ini akan dibinakan kediaman yang lebih selesa untuk mempastikan keselamatan mereka. Bayangkan rumah yang punya dinding reput dan atap yang telah uzur didiami oleh OKU pasti keadaan ini sangat berbahaya dan tidak selamat. Jom terus berusaha jadi orang baik-baik dan terus menyebarkannya agar lebih ramai yang mendapatkan manfaatnya.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami
https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh melihat dan subscribe channel Youtube kami di
https://www.youtube.com/channel/UCFEFoI3avYme3ci4vblf0CA

anda juga boleh terus ke page rasmi Raja Shamri

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Komen