BANTUAN DAPUR GAS DAN RICE COOKER KEPADA MANGSA KEBAKARAN KG OTENTIK TG BATU

BANTUAN DAPUR GAS DAN RICE COOKER KEPADA MANGSA KEBAKARAN KG OTENTIK TG BATU

TAWAU_ 3 SEPTEMBER 2019 | Alhamdulillah sekali lagi sukarelawan PERKALAS@TF SABAH telah diamanahkan oleh hamba Allah yang tidak mahu dikenali untuk terus menyantuni para mangsa kebakaran di sini. Selain itu malam ini juga sumbangan khas daripada followers MyTawau turut disertakan oleh founder page MyTawau dan admin mereka melalui PERKALAS@TF SABAH.

Kami di PERKALAS@TF SABAH rasa bersyukur sangat kerana dipertemukan dengan manusia-manusia luar biasa di luar sana yang bersama kami terus membantu misi di Otentik ini. Semoga dengan sumbangan atau sedekah kalian akan menjadi asbab untuk kemurahan rezeki dan dikurniakan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Untuk sahabat-sahabat yang terkena musibah di Otentik terus tabah dan berdoa. Jangan lupa sentiasa bersyukur kerana kalian adalah mangsa kebakaran yang sangat beruntung jika dibandingkan dengan para mangsa sebelum ini. Manakan tidak nasib sedih kalian sangat diperhatikan oleh pemimpin negara kita. Sumbangan pelbagai bentuk terus mengalir untuk anda di Otentik.

Untuk keluarga besar PERKALAS@TF SABAH dimanapun kalian berada yang ingin bersama untuk berkongsi rezeki kepada warga Otentik yang terkena musibah di bawah ini tersenarai list yang mereka perlukan. Antaranya ialah :

1) Pemanas air
2) pinggan mangkuk
3) Sudu garpu
4) Tuala mandi
5) kain dalam wanita dan lelaki (baru)
6) Tong Gas

Untuk sebarang maklumat lanjut terus berhubung dengan pihak HQ kami di nombor hp yang tertera di bawah ini.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami
https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh melihat dan subscribe channel Youtube kami di
https://www.youtube.com/channel/UCFEFoI3avYme3ci4vblf0CA

anda juga boleh terus ke page rasmi Raja Shamri

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Komen