APMM TAHAN DUA LELAKI MEMANCING LANGGAR SYARAT LESEN BOT

APMM TAHAN DUA LELAKI MEMANCING LANGGAR SYARAT LESEN BOT

TAWAU; 19 MARCH 2019 (Selasa) – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Tawau menahan dua lelaki selepas bot pancing yang dijuragani masing-masing disyaki telah melakukan kesalahan dibawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga 2002 di perairan Inderasabah, kelmarin.

Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Tawau, Komander Maritim Mohd Yusri Hussin berkata, kedua-dua juragan berumur 31 dan 14 tahun itu ditahan oleh bot peronda Maritim Malaysia yang menjalankan tugas rondaan dalam Ops Pluto Timur dan Ops Maharlika II antara pukul 1.15 petang dan 1.25 petang.

Katanya, juragan tempatan berumur 31 tahun itu gagal mengemukakan dokumen lesen bot sementara juragan berumur 14 tahun telah melanggar syarat sah lesen iaitu nama juragan tidak sama pada lesen bot berkenaan.

Tangkapan dan bot pancing kemudian diiring masuk ke jeti Maritim Malaysia Tawau dan diserah pada Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah untuk tindakan selanjutnya.

Komander Maritim Mohd Yusri menegaskan, pihaknya komited menjalankan tugas- tugas penguatkuasaan undang-undang di kawasan perairan Malaysia tanpa berkompromi dengan mana-mana pihak bagi membanteras aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Justeru, beliau menggalakkan kerjasama orang ramai bagi menyalurkan maklumat yang lengkap kepada Maritim Malaysia sekiranya terdapat sebarang aduan, kecemasan atau aktiviti jenayah dilaut menerusi talian MERS 999 atau pusat operasi Maritim Malaysia Tawau, 089-752115.

#BESTAWAUfm

Komen