APMM TAHAN DUA BOT PUKAT TUNDA LANGGAR SYARAT SAH LESEN

APMM TAHAN DUA BOT PUKAT TUNDA LANGGAR SYARAT SAH LESEN

LAHAD DATU; 12 MEI 2019 (Ahad) – Dua bot pukat tunda nelayan tempatan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Lahad Datu dipercayai melanggar syarat sah lesen, pagi tadi.

Semua bot nelayan berkenaan ditahan kira-kira pukul 10 pagi oleh peronda Maritim Malaysia kira-kira 1.8batu nautika dari selatan Tanjung Tungku dan selatan Bagahak.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, kedua-dua bot didapati melakukan kesalahan menangkap ikan di bawah tiga batu nautika dari pantai yang menyalahi Akta Perikanan 1985.

Beliau berkata, turut ditahan 16 awak-awak termasuk tekong bot Warga Indonesia dan Palauh berumur 44 hingga 51 tahun.

APMM turut merampas dua gulung pukat tunda dan 200-kilogram ikan pelbagai jenis untuk siasatan dan tindakan lanjut.

#BESTAWAUfm

Komen