APMM PATAHKAN PENYELUDUPAN ROKOK DI PERAIRAN TAWAU, 1,600-KARTON ROKOK DI RAMPAS

APMM PATAHKAN PENYELUDUPAN ROKOK DI PERAIRAN TAWAU, 1,600-KARTON ROKOK DI RAMPAS

TAWAU; 7 NOVEMBER 2019 (Khamis) – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya mematahkan cubaan menyudup masuk 1-ribu 600-karton rokok seludup pelbagai jenama menerusi Op Pluto Timur di perairan 3.3 batu nautika Sungai Tawau, Kelmarin.

Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Tawau, Komander Maritim Mohd Yusri Hussin, berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 11.40 malam itu, pihaknya yang menjalankan rondaan di sekitar tersbut telah mengesan sebuah bot laju mencurigakan.

Bagaimanapun sebaik menyedari kehadiran anggota keselamatan, suspek bertindak melarikan diri sebelum bot mereka terkandas.

Beliau berkata, dua suspek dipercayai lelaki dilihat terjun ke laut sebelum berenang ke darat dan menghilangkan diri selain meninggalkan bot mereka.

Jelas Yusri, selepas melakukan pemeriksaan, pihaknya telah berjaya menemukan kotak-kotak yang berisi rokok putih jenis Premium Gold (900 karton), Surya Gudang Garam (80 karton) dan LA Menthol Light (80 karton).

Pihaknya juga merampas sebuah bot laju dan dua enjin kuasa kuda Serta tong minyak menjadikan nilai keseluruhan rampasan berjumlah 121-ribu 800-ringgit.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dala sidang medianya di Tawau.

Katanya lagi, kesemua rokok berkenaan dipercayai dari negara jiran untuk dijual di daerah ini. Kes tersebut disiasat mengikut Akta Kastam 1967 kerana mengelak dikenakan cukai. -BESTAWAUfm

Komen