APMM GAGALKAN CUBAAN SELUDUP DADAH KE NEGARA JIRAN, 2 SUSPEK DITAHAN DAN DADAH BERNILAI 50-RIBU RINGGIT DIRAMPAS

APMM GAGALKAN CUBAAN SELUDUP DADAH KE NEGARA JIRAN, 2 SUSPEK DITAHAN DAN DADAH BERNILAI 50-RIBU RINGGIT DIRAMPAS

TAWAU; 17 JANUARI 2020 (Jumaat) – Dadah jenis Syabu seberat 287-gram anggaran nilai 50-ribu ringgit di rampas pihak Maritim Malaysia (Zon Maritim Tawau) sekaligus berjaya menggagalkan cubaan seludup keluar Dadah ke negara jiran dua suspek berumur lingkungan 40-an di sekitar perairan Tawau, Kelmarin.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Siva Kumar A/L Vengadasalam berkata, bot kayu dinaiki suspek dikesan bergerak secara melulu dalam keadaan mencurigakan dari Kampung Titingan, Batu 4 dipercayai bergerak keluar Ke arah Nunukan, Indonesia kira-kira pukul 5 petang.

Katanya, bot Maritim yang menjalankan pemantauan di sekitar kawasan tanggungjawab bertindak serta merta mengejar dan menahan bot dinaiki suspek sebelum melakukan pemeriksaan.

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat dua orang di atas bot kayu berkenaan dipercayai warga asing dari negara jiran iaitu juragan dan penumpang masing-masing berumur 41 dan 43 tahun.

Pemeriksaan lanjut telah menjumpai sebuah bungkusan plastik berwarna hitam (berbentuk bujur seperti bola ragbi) disyaki mengandungi dadah jenis syabu (Methamphetamine) seberat 289-gram dianggarkan bernilai 50-ribu ringgit.

Kepten Maritim Siva Kumar A/L Vengadasalam berkata, bot beserta bungkusan yang dirampas dan kedua-dua suspek ditahan, seterusnya diiring ke jeti Maritim Malaysia Tawau untuk siasatan lanjut di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Akta Imigresen 1959/63.

Katanya, Nilai keseluruhan rampasan dadah, bot berserta enjin bot dianggarkan 60-ribu ringgit.

Menurutnya lagi, Maritim Malaysia akan terus mempergiat tugas pemantauan, rondaan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan perlanggaran undang-undang dapat dibanteras serta memastikan perairan negara selamat.

Beliau turut meminta orang ramai agar menyalurkan sebarang aduan dan maklumat melalui talian hotline, Pusat Operasi Maritim Malaysia Tawau, 089-752115 atau talian bantuan kecemasan, MERS 999.

Sumber: text & image fb BESTAWAUfm

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *