APMM GAGALKAN CUBAAN MENYUSUP MASUK 5 PATI, JURAGAN BOT WARGA INDONESIA TURUT DITAHAN

APMM GAGALKAN CUBAAN MENYUSUP MASUK 5 PATI, JURAGAN BOT WARGA INDONESIA TURUT DITAHAN

TAWAU; 10 SEPTEMBER 2019 (Selasa) – Cubaan seorang juragan Warga Indonesia dan lima penumpang menyusup masuk ke Sungai Melayu, Sebatik dari Tawau menggunakan laluan tidak diwartakan, gagal apabila dikesan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Perairan Pulau Sebatik, kelmarin.

Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Tawau, Komander Maritim Mohd Yusri Hussin dalam kenyataan berkata, Kesemua mereka termasuk seorang wanita berumur 26 hingga 49 tahun di tahan selepas bot penumpang yang dinaiki dikesan di kawasan berkenaan kira-kira pukul 9.30 pagi.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati 5 penumpang berkenaan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Katanya, kes akan disiasat dibawah Akta Imigresen 1959/63.

Menurut Mohd Yusri, Maritim Malaysia terus meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan perlanggaran undang-undang dapat dibanteras dan perairan Sabah khususnya Tawau, dalam keadaan selamat dan aman.

Justeru, beliau menggalakkan Sebarang aduan dan maklumat berkenaan salah laku di laut boleh disalurkan ke Pusat Operasi Maritim Malaysia Tawau di talian 089-752115 atau MERS 999.

#BESTAWAUfm

Komen