APMM GAGALKAN CUBAAN MASUK PATI KE TAWAU

APMM GAGALKAN CUBAAN MASUK PATI KE TAWAU

TAWAU, 17 Mac ( ahad ) – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Tawau menahan seorang remaja lelaki selepas disyaki cuba menyeludup masuk lima Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ke Daerah ini, petang kelmarin.

Timbalan Pengarah Operasinya, Komander Maritim Mohd Yusri Hussin berkata kesemua enam individu itu ditahan selepas bot yang dinaiki dikesan menuju masuk ke Tawau dari Sungai Haji Kuning, Pulau Sebatik oleh bot peronda Maritim menerusi Op Pluto Timur dan Ops Maharlika II kira-kira pukul 1.30 petang.

Pemeriksaan mendapati jurangan bot berkenaan merupakan warga tempatan sementara dua lelaki, dua wanita serta seorang kanak-kanak lelaki berumur 7 hingga 38 tahun itu gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

Kesemua mereka dibawa ke jeti Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut dibawah Akta Imigresen 1959/63. –bestawaufm

Komen