APMM BERJAYA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP KELUAR 225 LITER PETROL KE FILIPINA

APMM BERJAYA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP KELUAR 225 LITER PETROL KE FILIPINA

SEMPORNA; 8 OKTOBER 2019 (Selasa) – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Semporna berjaya merampas 225 liter minyak petrol yang disyaki diseludup ke negara jiran di Perairan Pulau Bum-bum, kelmarin.

Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Norrimi Hassan dalam kenyataan berkata, minyak petrol berkenaan berjaya dirampas selepas sebuah bot Pam disyaki bergerak dalam keadaan mencurigakan ke arah Perairan Filipina kira-kira pukul 3 petang.

Beliau berkata, tiada tangkapan dibuat berikutan suspek dipercayai telah meloloskan diri dengan terjun ke laut selepas melihat bot anggota Penguatkuasa.

Katanya, turut ditemui di bot Pam berkenaan adalah dua buah enjin dan sebuah tong gas dengan anggaran nilai keseluruhan rampasan termasuk bot Pam iaitu 5-ribu ringgit.

Kes akan disiasat di bawah Akta
Kawalan Bekalan 1961. -BESTAWAUfm

Komen