APM TANGKAP BUAYA SEBERAT SETENGAH TAN DI PANTAI SAHABAT 16 LAHAD DATU

APM TANGKAP BUAYA SEBERAT SETENGAH TAN DI PANTAI SAHABAT 16 LAHAD DATU

LAHAD DATU; 20 NOVEMBER 2018 (Selasa) – Seekor buaya liar dengan anggaran berat 500 kilogram sepanjang 15 kaki dan tujuh kaki lebar lilitan badan berjaya ditangkap pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Lahad Datu di Pantai Sahabat 16 Lahad Datu, semalam.

Pegawai Unit Operasi dan Perhubungan Awam PBT (PA) Badrul Baba berkata, buaya berkenaan dipercayai telah membaham seekor anjing di pantai itu sebelum berjaya ditangkap dengan bantuan Polis Bantuan Felda Sahabat sekitar pukul 7 malam.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat awam dan panggilan menerusi MERS999 pada pukul 6.01 petang, empat pegawai dan anggota yang diketuai SJN (PA) Suhaili Ibrahim bergegas ke lokasi kejadian untuk membuat pemantauan.

Menurut PBT (PA) Badrul, buaya berkenaan kini berada dalam simpanan di Pejabat unit pertahanan awam felda sahabat (PUPA FST) dan akan diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar.

Katanya, operasi berkenaan ditamatkan sepenuhnya pada 9.30 malam.

Sumber fb: #BESTAWAUfm

Komen