Anggota polis cedera dalam kemalangan

Anggota polis cedera dalam kemalangan

KEADAAN pacuan empat roda yang remuk selepas kemalangan.

TAWAU: Seorang anggota polis mengalami kecederaan selepas kenderaan yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas di Batu 7 Jalan Apas di sini, kira-kira jam 11.20 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata, mangsa, 32, seorang anggota polis yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah, IPK Sabah dan sedang bercuti.

“Salah seorang penumpangnya, perempuan berusia 17 tahun tercedera manakala seorang lagi penumpang perempuan berusia 49 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Beliau berkata saksi kejadian mendakwa sempat melihat kenderaan pacuan empat roda itu berpusing sebanyak tiga kali sebelum terbabas di jalan bertentangan.

Menurutnya, dalam suasana genting itu salah seorang penumpang tercampak keluar dari kenderaan pacuan empat roda terbabit.

“Siasatan awal menunjukkan kemalangan itu dipercayai akibat permukaan jalan yang licin kerana hujan lebat di kawasan laluan utama dari arah Batu 15 Jalan Apas ke Bandar Tawau.

“Siasatan kes masih dijalankan mengikut Seksyen 43 (1) (a) 1987 oleh Pegawai Penyiasat Sarjan Razlan Razan,” katanya.

oleh HAMZAH SANUDIN.
Utusanborneo

Komen