AKTIVITI MENANGKAP IKAN MENGGUNAKAN BAHAN LETUPAN DIKESAN POLIS MARIN

AKTIVITI MENANGKAP IKAN MENGGUNAKAN BAHAN LETUPAN DIKESAN POLIS MARIN

Pasukan Polis Marin berjaya menahan sebuah bot disyaki menangkap ikan menggunakan bahan letupan kira-kira jam 8.30 pagi di kawasan Laut Ambo- Ambo Pulau Bum Bum, Semporna.

ACP Mohamad Pajeri Bin Ali, Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah berkata, “penangkapan tersebut adalah hasil daripada risikan maklumat oleh Unit Risik Marin (URM) Pasukan Polis Marin Semporna dalam satu operasi Op Pensura yang dijalankan. Turut ditahan tiga lelaki berumur antara 16 hingga 43 tahun dan salah seorang merupakan juragan bot tersebut.

Hasil pemeriksaan lanjut di dalam bot tersebut telah menjumpai satu unit compressor, satu gulong hos, satu batang propeller, satu pasang fin, dua unit google, satu jerikin minyak petrol yang disyaki digunakan untuk aktiviti mengebom ikan. Turut ditemui 4 kilogram ikan pelbagai jenis disyaki hasil daripada aktiviti tersebut.

Menurut beliau lagi nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM4,692.00. Rampasan dan tangkapan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985. -fb BERITA RTM Sabah

Sumber/Foto : Pasukan Polis Marin

Komen