AGIHAN PERALATAN DAN SERAGAM SEKOLAH KEPADA ANAK-ANAK FAKIR MISKIN DAN TANPA NEGARA

AGIHAN PERALATAN DAN SERAGAM SEKOLAH KEPADA ANAK-ANAK FAKIR MISKIN DAN TANPA NEGARA

TAWAU_ 12 DISEMBER 2019 | Melihat keterujaan dan kegembiraan anak-anak ini berebut untuk mendapatkan kasut putih atau kasut hitam, alat tulis, bag dan stoking membuat hati begitu tersentuh. Mereka tak mampu membeli semua itu di pasaraya atau pusat membeli belah yang mewah. Hanya di bonet kereta yang berhabuk mereka menikmati saat-saat indah ini.

Tak banyak pun barangan yang mereka dapatkan hanya sebatang pen, pensel, sebiji pemadam, sebiji perautan, buku tulis juga terhad, sebatang pembaris, sepasang kasut (hitam atau putih tak menjadi masalah bagi anak-anak ini). Bag sekolah pula terhad hanya yang bernasib baik yang akan mendapatkannya.

Sungguh malang nasib mu wahai anak-anak tanpa negara. Anak-anak yang tak punya dokumen langsung, anak-anak yang tidak meminta untuk lahir hidup miskin, anak atau cucu pelarian, ada pula anak-anak yang tidak mempunyai dokumen lengkap. Mereka hanya belajar asas di beberapa sekolah agama dan sekolah alternatif tapi realitinya sebilangan besar mereka di luar sana tidak bersekolah. Bagaimana hidupmu 10 tahun akan datang ???.

Kami tahu tembunimu di tanam di negeri ini, kami juga tahu kau lahir dan membesar melihat langit negeri ini, berbahasa sama seperti kami, agama mu juga sama seperti kami. Tapi sayang di satu sudut kita berbeza sangat jauh ibarat langit dan bumi.

Namun perbezaan itu bukan alasan kau dipinggirkan dan terabai. Kau lebih dekat dengan kami dibandingkan anak-anak yang jauh di Palestin atau yang nun jauh di Uighur di China. Jarak mu hanya beberapa meter dari kami. Tapi kau seolah-olah tidak wujud.

Tuhan ampuni kami atas semua itu. Kelalaian kami ambil peduli nasib mereka yang terpinggir di daerah kami sendiri. Anak-anak seperti ini ada di hampir setiap daerah di Sabah. Sampai bila nasib mereka terus disisihkan. Sedih sangat melihat keadaan hidup mereka. Di rumah mereka pada waktu malam hanya lilin menjadi penerang. Makan hanya sekadarnya kerana itu kemampuan ibu bapa mereka.

Bagaikan ada bisikan yang kuat ditelinga kami.

Cari Utsman Bin Affan abad ini !!!!

Cari Abdul Rahman Bin Auf era ini !!!

Cari Umar Abdul Aziz zaman ini !!!

Temui orang-orang seperti Ir Sholah Athiyah !!!

Ya Allah di mana mereka ??? Kami malu untuk meminta-minta. Atau kita semua harus berusaha keras meniru akhlak dan kekuatan tokoh-tokoh di atas. Ya Allah hanya kepadamu kami meminta dan Engkau pasti maha melihat.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami
https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh melihat dan subscribe channel Youtube kami di
https://www.youtube.com/channel/UCFEFoI3avYme3ci4vblf0CA

anda juga boleh terus ke page rasmi Raja Shamri

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Komen