Ada penumpang mungkin masih terikat di tempat duduk pesawat

Ada penumpang mungkin masih terikat di tempat duduk pesawat

JAKARTA: Kerusi, roda dan bahagian lain pesawat Lion Air yang terhempas dikeluarkan dari dasar laut dalam pada pihak berkuasa menganalisis maklumat kotak hitam yang mungkin menjelaskan punca kapal terbang yang masih baru itu terhempas ke dalam Laut Jawa dan membunuh 189 orang.

Pasukan pencarian mencari fuselaj pesawat Boeing-737 MAX 8 itu di yang terhempas susulan berlepas pada Isnin lalu walaupun baru digunakan beberapa bulan.

“Hari ini kami akan menyelam (lagi) di lokasi dijangka pesawat terhempas.

“Banyak puing, roda pesawat dan kerusi – semuanya hancur berderai,” kata Isswarto, komander bahagian mencari dan menyelamat tentera laut Indonesia.

Penyelam mencari di kawasan sedalam 25 hingga 35 meter, dan anggota badan yang ditemui semakin berkurangan, katanya.

PENYELAM mencari serpihan pesawat Lion Air. – Foto EPA

“Semuanya berselerak malah ada yang mungkin sudah dihanyutkan arus,” katanya.

Puluhan beg mayat mengandungi sisa mayat sudah dibawa dari lokasi nahas setakat ini.

Gambar disiarkan di televisyen menunjukkan penyelam mengikat tali pada bahagian pesawat yang berselerak di dasar laut.

Sementara itu, banyak beg yang mengandungi cebisan tubuh mangsa dibawa ke hospital bagi menjalani ujian DNA untuk mengenal pasti identiti mangsa.

Isswarto berkata, bagaimanapun ramai mangsa belum ditemui dan berharap dapat ditemui segera termasuk mereka yang mungkin masih terikat di tempat duduk pesawat. – Foto AFP

Source: Bharian

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *