9.3 JUTA RINGGIT DIPERUNTUKKAN BAGI BINA SEMULA CERUN RUNTUH JALANRAYA BATU-14 TAWAU SEJAK APRIL INI

9.3 JUTA RINGGIT DIPERUNTUKKAN BAGI BINA SEMULA CERUN RUNTUH JALANRAYA BATU-14 TAWAU SEJAK APRIL INI

TAWAU; 26 APRIL 2019 (Jumaat) – Sebanyak 9.3 juta diperuntukkan bagi projek bina semula cerun runtuh di Kilometer 251.6 Jalan Sandakan-Tawau (Batu 14), Tawau berikutan berlaku mendapan dan jalan retak sejak Disember 2017.

Menteri Pembangunan Insfrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony berkata, kerja-kerja pembinaan semula telah dilaksanakan sejak April tahun ini oleh kontraktor lantikan Kementerian Kerja Raya Malaysia dan dijangka siap sepenuhnya 30 November tahun depan.

Katanya, sekiranya berlaku sebarang mendapan atau kerosakan berkenaan jalan raya yang berlaku dibawah seliaan pihak Jabatan Kerja Raya dan kerajaan negeri, pendekatan menangani segera sebarang masalah terbabit akan diambil berikutan masalah sedemikian mengambil masa sehingga bertahun untuk diselesaikan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan Lawatan ke lokasi cerun runtuh terbabit.

22 Disember 2017, berlaku rekahan kira-kira 70 meter di laluan terbabit dipercayai berpunca daripada paip bawah tanah yang pecah sehingga berlaku mendapan dan hakisan tanah.

Justeru, jalan lencongan telah dibuka di laluan bertentangan yang menghala ke bandar Tawau bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada pengguna jalan raya yang melalui jalan tersebut menuju ke Semporna, Kunak, Lahad Datu serta ke seluruh negeri Sabah.

Hadir sama melakukan lawatan tersebut ADUN Sebatik, Datuk Muis Picho, ADUN Balung, Datuk Osman Jamal dan ADUN Sri Tanjung Datuk Jimmy Wong.

#BESTAWAU

Komen