84 PATI WARGA INDONESIA DIHANTAR PULANG

84 PATI WARGA INDONESIA DIHANTAR PULANG

TAWAU; 24 JANUARI 2020 (Jumaat) – Usaha pengusiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) diteruskan dengan penghantaran pulang 84 Warga Indonesia ke Nunukan menerusi Pelabuhan Tawau, Kelmarin.

Pengarah Keselamatan Negeri Majlis Keselamatan Negara (MKN), Sh Sitti Saleha Habib Yussof dalam kenyataan berkata, penghantaran pulang berkenaan merupakan Siri ke-7 pada tahun ini melalui laut.

Beliau berkata, sepanjang Awal tahun hingga semalam, seramai 1-ribu 215-PATI berjaya diusir, manakala sejak 1990, 592-ribu 206-orang PATI dari lain-lain negara telah dihantar pulang termasuk melalui Udara ke negara asal.

Jelasnya, MKN bersama agensi lain seperti Jabatan Imigresen, Polis DiRaja Malaysia, dan pelbagai agensi lain terus menyelaras tanggungjawab bersama untuk mengusir PATI.

Sumber fb BESTAWAUfm

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *