6 buah rumah musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Tawau Lama Lorong Masjid At-Taqqwa Tawau pagi tadi

6 buah rumah musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Tawau Lama Lorong Masjid At-Taqqwa Tawau pagi tadi

TAWAU – 5 buah rumah jenis tidak kekal musnah 100 peratus dan sebuah rumah lagi 10 peratus dalam kejadian kebakaran di Kampung Tawau Lama Lorong Masjid At-Taqqwa Tawau kira-kira pukul 9.30 minit pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Peyelamat Malaysia Tawau, Sharudy Delamin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan itu kira-kira pukul 9.33 minit pagi dan mengejarkan 4 buah jentera bersama 13 anggota bomba ke tempat kejadian.

Katanya, pihaknya dapat mengawal api daripada merebak dalam tempoh kira-kira 50 minit.

Beliau berkata demikian kepada RTM di tempat kejadian.

Sharudy berkata, hasil laporan dan maklumat daripada kesemua mangsa, sebanyak 9 buah keluarga tinggal di 6 buah rumah berkenaan dan tiada dilaporkan mangsa cedera atau kehilangan nyawa.

Katanya, pihaknya berjaya menyelamatkan lebih 40 buah rumah lagi di kampung terbabit.

Punca dan nilai kerugian daripada kebakaran itu masih dalam siasatan. –beritartm

((RTM SABAH/TAMRIN)).

Komen