5 Perkara Tentang Jejaka Tawau Mirip Hero Filem Animasi Tangled

5 Perkara Tentang Jejaka Tawau Mirip Hero Filem Animasi Tangled

Bermula dengan kecaman, kini Wahyuddin Syed Yunus, 25, yang berasal dari Tawau, Sabah mula mendaki populariti apabila wajahnya disamakan dengan beberapa karakter terkenal antarabangsa.

Pertamanya, netizen menyamakan dia dengan putera raja daripada filem animasi Tangled, Flynn Rider, memandangkan bentuk wajah, gaya rambut dan janggut jejaka itu.

Kemudiannya, Wahyu dikatakan mirip watak filem pontianak Hollywood, Twilight, Edward Cullen dan Demon Hunter dalam permainan Mobile Legend.

Astro Gempak senaraikan lima perkara menarik tentang jejaka yang sedang tular ini.

1) Kacukan Arab

Jejaka berusia 25 tahun ini berketurunan Arab dan dilahirkan di Tawau, Sabah.

“Ada yang ingat saya orang putih, Korea dan kalau pakai cermin mata orang akan sangka saya orang Cina,” katanya kepada sebuah portal.

Tidak hairanlah dia memiliki kulit putih mulus, raut wajah dan ketinggian persis model!

Wahyu merupakan anak kedua daripada empat beradik.

2) Jual kanta lekap

Mula tular sejak awal minggu ini kerana sering bertukar-tukar kanta lekap pelbagai warna.

“Saya mula memakai kanta lekap sejak darjah enam kerana rabun. Ada juga masanya saya memakai cermin mata,” katanya.

Sehingga kini dia telah memakai lebih 20 warna kanta lekap.

3) Ada produk bedak sejuk lelaki

Bonus bagi Wahyu yang memiliki kulit yang bersih untuk mengusahakan pelbagai bisnes seperti produk kecantikan dan penjagaan kulit.

Wahyu memilih untuk menjalankan perniagaan itu bersama ibunya.

Produknya iaitu Bedak Sejuk Arab dan Milk Scrub boleh digunakan oleh kaum lelaki juga.

4) Minat Lee Dong Wook

Selepas tular, dia ditawarkan untuk menjadi model dan pelakon.

Ditanya tentang minatnya dalam dunia seni, dia bagaimanapun masih belum bersedia untuk terjun ke bidang yang penuh mencabar itu.

Cuma, dia meminati pelakon Korea, Lee Dong Wook.

5) Tak pernah tonton filem Tangled

Bukan hanya netizen, rakan terdekatnya juga mengakui Wahyu memiliki persamaan wajah seperti karakter animasi Flynn Rider dalam filem Tangled.

Namun, dia menjelaskan tidak pernah menonton filem itu sehingga kisah ini tular.

“Selepas tengok tak ada sama pun, kalau sama pun mungkin hanya gaya rambut dan janggut, mungkin,” tambahnya.

Teks oleh: Amri Hassan
Kredit foto: IG @wahyualmahdali

Gempak

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *