5 KANAK-KANAK ANTARA 25 PATI DITAHAN DALAM 2 SERBUAN BERASINGAN DI TAWAU

5 KANAK-KANAK ANTARA 25 PATI DITAHAN DALAM 2 SERBUAN BERASINGAN DI TAWAU

TAWAU; 27 JUN 2019 (Khamis) – Polis menahan 25 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dalam satu Operasi Bersepadu Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau di dua lokasi berasingan di Rumah Kongsi di Bandar Sri Indah dan Kuala Apas Parit, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Anak Umbuas dalam kenyataan medianya berkata, daripada jumlah itu, sembilan lelaki, lapan wanita dan lima kanak-kanak Warga Filipina serta seorang lelaki Warga Indonesia ditahan kira-kira pukul 2 pagi.

Beliau berkata, dalam Operasi itu, Seramai 142 individu diperiksa. Bagaimanapun, 25 individu ditahan kerana kegagalan menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah.

Katanya, Operasi itu disertai 90 anggota dan pegawai dengan kerjasama Jabatan Imigresen, Pasukan Gerakan Am Dan SPDRM.

#BESTAWAUfm

Komen