40 PERATUS AHLI PKR SABAH KELUAR MENGUNDI

40 PERATUS AHLI PKR SABAH KELUAR MENGUNDI

Christina ketika sampai di pusat mengundi SM Kian Kok pagi tadi. Gambar SNT/Ehsan PKRKOTA KINABALU: Dianggarkan kira-kira 150,000 ahli PKR di Sabah akan membuat pengundian bagi memilih calon kepimpinan di peringkat Pusat dan negeri selama dua hari bermula hari ini melibatkan 25 buah cabang.Ketua Koordinator Pemilihan PKR Sabah, Rosli Masaliku berkata, proses pemilihan parti di Sabah pada hari pertama melibatkan sebanyak 12 buah cabang parti iaitu Kota Kinabalu, Sepanggar, Tuaran, Kota Marudu, Keningau, Sipitang, Beaufort, Sandakan, Libara, Batu Sapi, Tawau, Kalabakan.Beliau berkata pemilihan PKR esok akan diteruskan di Putatan, Penampang, Kimanis, Papar, Kota Belud, Ranau, Beluran, Kinabatangan, Tenom, Pensiangan, Kudat, Silam dan Semporna.“Pemilihan PKR setakat ini berjalan lancar seperti yang dijangkakan cuma mungkin ada kelewatan di beberapa tempat kerana pengundian sebenarnya ditutup pada pukul 3 petang tadi, namun ada cabang yang bermula agak lewat.“Sehingga kini kita belum menerima laporan berlaku kekecohan dalam kalangan anggota parti atau masalah teknikal,” katanya kepada pemberita di Dewan Sekolah Menengah (SM) Kian Kok, Jalan Tuaran, di sini hari ini.Christina bersama Nurul Izzah meninjau pusat mengundi PKR hari ini. Gambar SNT/Ehsan PKRKatanya Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi PKR Sabah, Datuk Christina Liew dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar turut meluangkan masa meninjau sekitar proses pemilihan parti bagi Cabang Kota Kinabalu.Rosli berkata ahli PKR yang layak memilih mula memenuhi pusat-pusat pemilihan seawal pukul 7 pagi dan proses pemilihan selesai pada pukul 4 petang ini, manakala keputusan dijangka diketahui selewat-lewatnya pukul 7 petang.Tambah beliau lagi, pihaknya menjangkakan 40 peratus ahli PKR akan keluar mengundi dalam Pemilihan PKR Sabah pada kali ini yang mendapat sambutan menggalakkan sejak kerajaan PH mengambil alih pentadbiran di peringkat Pusat. – SabahNewsToday

Komen