POLIS BURU LELAKI LARIKAN 3 ANAK, UGUT BUNUH ISTERI

POLIS BURU LELAKI LARIKAN 3 ANAK, UGUT BUNUH ISTERI

LAHAD DATU; 31 MEI 2019 (Jumaat) – Polis Lahad Datu sedang mengesan seorang peniaga agensi pengurusan pasport yang dipercayai membawa lari tiga anakya serta mengugut untuk membunuh isteri dan keluarganya.

Lelaki berkenaan dikenali sebagai Hani Mosbah Ramadan Al Ayaydeh, 43 tahun.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor dalam kenyataan medianya berkata, Ia susulan satu laporan polis yang dibuat isterinya berumur 43 tahun, pukul 11.55 pagi kelmarin.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pada 18 Mei lepas, isteri mangsa yang pada ketika itu berada di kota Kinabalu telah dimaklumkan oleh pekerjanya bahawa saspek telah memukul anak kedua mereka iaitu lelaki berumur 8 tahun sehingga kanak-kanak itu cedera di muka, leher, punggung dan paha.

Sebaik tiba di Lahad Datu dua hari kemudian, pengadu yang bekerja sebagai peniaga kosmetik itu segera membawa anaknya mendapatkan rawatan di klinik swasta.

Menurut ACP Nasri, pada rabu lepas, di sebuah pejabat pengurusan passport di Fajar, saspek dipercayai memaksa pengadu membuat passport anak bongsunya iaitu seorang perempuan berumur 4 tahun untuk dibawa balik ke Jordan.

Katanya, telah berlaku pertengkaran berikutan pengadu tidak bersetuju permintaan saspek.

Bagaimanapun, pengadu kemudian memberi ketiga-tiga anaknya dibawa keluar oleh saspek menggunakan sebuah pacuan empat roda berwarna putih selepas saspek bertindak mengugut akan membunuh pengadu sekeluarga

Pengadu yang khuatir akan keselamatan anak-anaknya tampil ke balai polis Lahad Datu membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, mangsa telah berkahwin dengan Suspek di London sejak 13 tahun lalu dan dikurniakan Tiga anak iaitu dua lelaki dan seorang perempuan berumur 13 tahun, 8 tahun dan empat tahun.

Menurut ACP Nasri, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak2 kerana mendera anak dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan Jenayah.

Justeru, beliau meminta agar orang awam yang mempunyai maklumat atau pernah melihat saspek diminta tampil melaporkan ke balai polis.

#BESTAWAUfm

Komen