3-RIBU UNIT RUMAH MAMPU MILIK RAKYAT DIBINA WUJUDKAN KOMUNITI TAWAU

3-RIBU UNIT RUMAH MAMPU MILIK RAKYAT DIBINA WUJUDKAN KOMUNITI TAWAU

TAWAU; 6 SEPTEMBER 2019 (Jumaat) – Kira-kira lebih 3-ribu unit rumah mampu milik rakyat dibina Hap Seng Properties Development Sdn Bhd yang mewujudkan komuniti Tawau.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, ia terdiri daripada rumah teres dua tingkat dan apartmen rendah yang semuanya dijual di bawah 2-ratus ribu dan 3-ratus ribu ringgit.

Beliau berucap pada Majlis Penyerahan Geran Subsidiari Fajar Complex di Yayasan Lau Gek Poh di Tawau. Teks ucpaannya dibacakan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah (MAFI) Datuk Junz Wong.

Dalam pada itu, Datuk Seri Mohd Shafie turut memuji Hap Seng yang membantu untuk mereka bentuk dan membentuk semula landskap perumahan di negeri ini dengan infrastruktur yang dirancang dengan baik, kemudahan moden dan persekitaran yang selesa.

Katanya, ia turut dibuktikan menerusi
pengiktirafan oleh Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah yang menyampaikan Anugerah Perbandaran Terbaik kepada Bandar Sri Indah pada tahun 2018.

Justeru, beliau berharap Hap Seng akan menyediakan rumah mampu milik kepada masyarakat Tawau.

Mengenai majlis penyerahan Geran Subsidiari berkenaan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyifatkan pembangunan Kompleks Fajar oleh Kumpulan Hap Seng itu telah membuka lebih banyak peluang perniagaan di Bandar Tawau.

Katanya, Pembangunan pertama Kompleks Fajar bermula pada tahun 1980 dan pembangunan akhir pada 2001.

Turut hadir pada majlis itu, Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Jimmy Wong Sze Phin.

#BESTAWAUfm

Komen