27 PTI MASUK CARA HARAM DITANGKAP PASUKAN POLIS MARIN

27 PTI MASUK CARA HARAM DITANGKAP PASUKAN POLIS MARIN

TAWAU (28 Oktober) – Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau di sini telah menggagalkan 27 pendatang tanpa Izin (PTI) termasuk 7 kanak-kanak menyeludup masuk secara haram ke negara ini melalui laluan yang tidak diwartakan awal pagi tadi.

Pmg Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, Superintenden Abd. Nasir Bin Othman berkata kesemua mereka yang terdiri daripada 13 lelaki dan 7 perempuan dewasa , 4 kanak-kanak lelaki dan 3 kanak-kanak perempuan ditahan di sebuah rumah yang didiami oleh dua orang lelaki berumur antara 30 hingga 38 tahun di Kg Kinabutan Tengah Batu 4 Tawau berhampiran pinggir pantai Kg. kurnia Jaya Batu 4 Tawau. Mereka dipercayai baru mendarat memasuki perairan kira-kira jam 1.45 pagi.

Kesemua mereka ditahan kerana tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dan kes disiasat di bawah Akta Antipemerdagangan orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

Tambahan beliau, semua OKT berumur antara 2 hingga 48 tahun ditahan dan turut dirampas 6 buah beg milik peribadi mereka.

Kesemua tahanan dan barang rampasan telah dibawa ke Markas Pasukan Polis Marin Tawau untuk tindakan lanjut. – fb pasukan polis marin

Komen