2 BLOK RUMAH PEKERJA 20 PINTU, 4 KEDIAMAN MUSNAH DI KAMPUNG TECK GUAN LAHAD DATU

2 BLOK RUMAH PEKERJA 20 PINTU, 4 KEDIAMAN MUSNAH DI KAMPUNG TECK GUAN LAHAD DATU

LAHAD DATU; 11 OKTOBER 2019 (Jumaat) – Dua buah blok rumah kongsi melibatkan 20 pintu dan empat buah rumah musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Kampung Teck Guan Baru Batu 1, Lahad Datu, malam tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, PBK 1, Abu Bakar Taraji yang dihubungi RTM berkata, pihaknya menerima panggilan berkenaan kebakaran itu kira-kira pukul 8.27 minit malam.

Sejurus selepas itu, 31 Pegawai dan anggota Bomba daerah termasuk Bomba dari BBP Kunak serta Pasukan Bomba Sukarela Silam bergegas ke lokasi menggunakan 6 jentera.

Beliau berkata, pada peringkat awal, pihaknya menghadapi kesukaran memadam kebakaran berikutan kekurangan air serta ketiadaan pili bomba di Kampung terbabit.

Bagaimanapun, perkara itu berjaya diatasi selepas pihak bomba berulang-alik untuk mendapatkan air di pili bomba berhampiran.

Menurut Abu Bakar, operasi ditamatkan pukul 12.22 minit tengah malam, tiada kemalangan jiwa dilaporkan sementara punca serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu Ketua Polis daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor dalam kenyataan medianya hari ini bekrata, kebakaran membabitkan lebih 100 mangsa daripada 43 buah keluarga. -BESTAWAUfm

Komen