15 TAHUN HISAP SYABU AKHIRNYA DITAHAN POLIS

15 TAHUN HISAP SYABU AKHIRNYA DITAHAN POLIS

LAHAD DATU: Sudah 15 tahun hisap syabu. Itu pengakuan yang dibuat seorang penagih dadah tegar kepada pihak polis selepas ditahan di kawasan jambatan Kampung Desa Bajau, dekat sini, semalam.

Suspek warganegara Filipina berusia dalam lingkungan 40-an itu ditahan pukul 11.15 pagi bersama 30.80 gram (g) yang ditemukan di dalam beg silang suspek.

Suspek berusia dalam lingkungan 40-an mengaku sudah menghisap syabu sejak 2005 atas pengaruh rakan. Gambar SNT / Ihsan IPD Lahad Datu

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata bertindak atas maklumat awam, pihaknya menjalankan Operasi Sarang di kawasan terbabit dan bertindak menahan suspek yang dalam keadaan mencurigakan.

“Kita kemudian membuat pemeriksaan dan menjumpai tiga paket plastik lutsinar bersiri ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu seberat 30.80 g dianggarkan bernilai RM4,620.

“Siasatan mendapati suspek mengaku terbabit dengan penagihan dadah pada awal tahun 2005 atas faktor pengaruh rakan dan ingin mencuba sesuatu yang baharu,” katanya dalam satu kenyataan.

Tiga peket dadah seberat 30.80 gram dianggarkan bernilai RM4, 620 ditemukan di dalam beg silang suspek. Gambar SNT / Ihsan IPD Lahad Datu

Beliau berkata ujian saringan air kencing turut menunjukkan suspek positif dadah jenis methaphentamine namun suspek tidak memiliki rekod jenayah lampau.

“Suspek kini ditahan dan disiasat dibawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. –SabahNewsToday

Komen