1,040-KOTAK ROKOK PREMIUM BERNILAI LEBIH 31-RIBU RINGGIT DIRAMPAS DI LAHAD DATU

1,040-KOTAK ROKOK PREMIUM BERNILAI LEBIH 31-RIBU RINGGIT DIRAMPAS DI LAHAD DATU

LAHAD DATU; 12 FEBRUARI 2020 (Rabu) – Polis berjaya merampas Sebanyak 1-ribu 40-kotak rokok jenama ‘Premium’ bernilai 31-ribu 200-ringgit di kampung Sabah Baru, Jalan Tengah Nipah, Lahad Datu, Kelmarin.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor berkata, rokok seludup berkenaan dirampas sepasukan Polis dari unit Tiger Platoon Batalion 17 (PGA) Lahad Datu kira-kira pukul 10.30 malam semasa melakukan operasi di kampung berkenaan dan telah terserempak dengan sebuah motokar dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata, bagaimanapun suspek bertindak melarikan diri dari kenderaan menuju ke kawasan kampung dan gagal dijejak memandangkan kawasan kampung yang gelap.

Ketika pemeriksaan dibuat keatas kenderaan suspek, terdapat seorang rakan suspek yang masih berada di dalam motokar terbabit.

Turut ditemui, sebanyak 1-ribu 40-kotak rokok Premium didalam bungkusan plastik berwarna hitam dipercayai diseludup masuk dari Tawau diletak di bahagian tempat duduk belakang dan diruang penyimpanan barang di belakang.

Katanya, semua rokok berkenaan dirampas dan dianggarkan bernilai 31-ribu 200-ringgit. Turut dirampas sebuah motokar jenis proton waja berwarna putih.

ACP Nasri berkata, rakan suspek ditahan dan semua barang rampasan dibawa ke IPD Lahad Datu untuk tindakan lanjut. Kes tersebut disiasat di bawah 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

#BESTAWAUfm

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *