10 tahun menjadi media sosial no.1 Tawau

10 tahun menjadi media sosial no.1 Tawau

Komuniti #myTawau bermula pada Disember 2009 melalui laman sosial Facebook. Sehingga ke hari ini, #myTawau atau lebih dikenali sebagai Facebook Page Tawau mempunyai lebih 250,000 followers! Selepas lebih kurang 10 tahun menjadi media sosial no.1 Tawau. Terima kasih warga Tawau atas kebersamaan kita dalam medium ini.

antara Kejayaan yang kami kongsikan kepada anda ialah, kami berjaya menemukan antara anak dan bapanya yg berpisah selama 30 tahun(1985-2015, Sandakan-Tawau). Kejadian ini pada 2015 yang mana anaknya mencuba menghantar mesej kepada kami untuk disiarkan sedikit profile bapanya yang sudah lama terpisah. Hasilnya bapanya masih hidup dan berada di Tawau. Pertemuan itu menjadi detik sejarah buat mereka. Alahamdulillah.

Kedua, berpisah selama hampir 15 tahun, ahli keluarga ini berpisah sekian lama bertemu semula setelah salah seorang ahli keluarganya meminta untuk d siarkan mengenai abangnya yang berpisah hampir 15 tahun. Hasilnya juga memuskan kerana dpt bertemu semula setelah sekian lama berpisah. Sarawak-Tawau.

Kami tidak mengatakan ini adalah usaha penuh daripada kami untuk kerja2 menemukan semula. Akan tetapi apa yang kami mahu sampaikan ialah, usaha ini adalah usaha kita bersama dalam membantu menghebahkan bagi membantu orang yang dalam kesusahan. Lebih2 lagi kes macam ni, satu kejayaan buat kita bersama sekiranya apa yang kita buat mendapat kejayaan yang baik. Tanpa anda kami tidak sampai ke tahap ini. Kami tidak mahu bersaing dengan mana2 platform lain, kami mahu kita sebagai penggiat media sosial bersama sama menyumbang tenaga di aliran ini untuk memajukan Tawau.

Anda ada info, cerita, idea atau pertolongan sila inbox kepada kami. Insha Allah kami akan hebahkan.

*Kami berdiri atas usaha sendiri sejak 2009. Kami menafikan sekerasnya terhadap pihak menyatakan bahawa kami dibiayai oleh individu tertentu dari segi dana kewangan.
Sedikit hasil kami perolehi dari pages ini menerusi iklan yang kami kenakan bayaran. Kami akui pages kami mahal dan cekik darah dalam memberikan harga pengiklanan. Sekiranya anda ingin beriklan kepada kami, kadar bayaran akan dikenakan selagi melibatkan perniagaan. Ada beberapa pages yang memberikan perkhidmatan percuma untuk siaran. Kami berbayar dan rate harga tinggi untuk pelanggan.

Komen